Berapa yg lawat blog..

12 January 2014

B COMPLEX SHAKLEE

Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita kan. Alhamdulillah. Allah masih beri kesempatan untuk saya berkongsi sesuatu dengan anda semua. Oklah, hari ini saya nak kongsikan tentang B-complex Shaklee.

B-complex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu thiamine(b1), riboflavin(b2), niasin(b3), asid pantotenik(b5), pyridoxine(b6), cyanocobalamin(b12), asid folik & biotin.

Vitamin B adalah vitamin larut air. Oleh sebab itulah, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan. Sebab tu air kencing akan berwarna kekuningan sekiranya kita mengambil vitamin B. Jika air kencing tidak berwarna kekuningan bermakna, anda mengalami kekurangan vitamin B di dalam badan anda. Tetapi harus diingat, pengambilan vitamin B berlebihan pun tidak bagus jugak, sebab ia akan memberi bebanan lebih kepada buah pinggang kita.

Kebaikan Vitamin B-Complex Shaklee

  1. menukarkan makanan kepada tenaga - membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat & protein kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.
  2. membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat & normal pada bayi & kanak2, membantu pembinaan DNA & sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak @ tulang belakang. (sebab tu,ibu hamil digalakkan ambil asid folic masa mengandung)
  3. melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan & insomnia
  4. baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan & memperbaiki memori serta daya fokus.
  5. kesihatan rambut - memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban & mengekalkan kesihatan rambut.
  6. mengurangkan risiko mendapat anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat & antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat & laut.
  7. meredakan senggugut(PMS) - baik untuk masalah PMS, meredakan kerisauan, keresahan & masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon & ubat tahan sakit
  8. mengurangkan risiko mendapat Perleche - boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis), jangkitan lidah (glossitis) & nafas berbau
  9. detoksifikasi - meredakan alahan
So, secara kesimpulannya, B-Complex Shaklee adalah cara semulajadi untuk melawan stress @ tekanan & mengurangkan risiko mendapat pelbagai masalah kesihatan..Orait..itu je sikit sebanyak yang dapat saya kongsikan dengan korang tentang B-Complex Shaklee ni. Semoga bermanfaat. Kalau korang ada sebarang kemusykilan ke, korang boleh contact saya ye. Assalamualaikum..

** sikit info untuk korang : pastikan korang makan vitamin b ni selepas makan kerana pengambilan vitamin ini akan meningkatkan metabolisme badan yang akan membawa kepada rasa lapar. Jika korang makan jugak sebelum makan, maka korang akan makan dengan jayanya lepas tu. so sila berhati2 ye kalau taknak gemuk..hehehe..Dan pastikan juga korang minum air masak sebanyak yang boleh. 

** produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit.

11 January 2014

Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

Atasi Sakit Sendi dengan Advanced Joint Healt Tablet (AJHT)
Bila sebut pasal sakit sendi, mesti anda terbayangkan warga emas kan. Namun tahukah kita bahawa sakit sendi ini bukan hanya dihadapi oleh orang yang telah berusia malah turut menyerang orang yang lebih muda. Terutamanya bagi yang mempunyai berat badan berlebihan @ orang yang penggunaan sendi secara berlebihan seperti atlet. Cuba anda bayangkan bagaimana terseksanya seseorang apabila sakit sendi. Nak jalan pun susah, apatah lagi nak buat aktiviti lain kan.

Shaklee ada menawarkan vitamin khas untuk mereka yang mengalami sakit sendi. Jom saya kenalkan produk hebat Shaklee ini pada anda.


AJHT Shaklee ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan2 yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi & fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.

AJHT Shaklee mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, estrak jagung & nutrien penting lain termasuk zink, tembaga, mangan & vitamin c untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi & pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan & bahan2 berasaskan mineral, AJHT Shaklee ialah formula semulajadi 100%.


Dah kenal apa itu AJHT Shaklee?? Ok kalau dah kenal, jom kita semak pula kebaikan AJHT Shaklee ini :-
  1. menyokong ketidakselesaan sendi
  2. membantu kekal tulang rawan
  3. memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. melancarkan pergerakan harian
  5. menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkkan tulang rawan
  6. anti radang semulajadi
  7. dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli & semulajadi
  8. memberi kekuatan kepada struktur sendi
  9. bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan & lendir untuk licinkan sendi dalam tendon & ligamen)
  10. InsyaAllah, sangat2 berkesan. Kesan positif selepas 5 hari pengambilan. Dengan izin Allah jua.

Untuk kesan yang lebih 'superb', disyorkan AJHT Shaklee diambil bersama dengan Omega Guard & Ostematrix.


Oklah,rasanya setakat ni dulu saya mampu kongsikan dengan anda semua..Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya ye..Jangan segan silu pulak..Saya InsyaAllah akan tolong anda setakat yang saya mampu. Saya tak makan orang tau..hehehe..C u next post ok guys..


10 January 2014

ALFALFA COMPLEX

Kelebihan Alfalfa Complex Shaklee.
Mesti ramai yang pernah dengar tentang Alfalfa Complex Shaklee kan?? Cuma masih belum tahu kelebihan & khasiat vitamin ini. Jom sama2 kita berkenalan dengan alfalfa keluaran Shaklee ni.
Alfalfa Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950-an. Diperbuat daripada tanaman Alfalfa atau nama saintifiknya 'Medicago Sativa' secara organik di California yang bebas dari pestisid herbasid & menggunakan bahan kompos/ baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan" .

Alfalfa  merupakan pusat pengumpulan segala zat akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah, mampu menyerap pelbagai zat & mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak yang kaya dengan klorofil. Daun- daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Kemudian daun- daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Setiap tablet mengandungi 300mg.

Antara khasiat yang diperolehi daripada Alfalfa Shaklee :-

  1. Menyingkirkan lemak dan kolestrol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok & darah tinggi. Haya alfalfa sahaja mengandungi saponn, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  2. Mencegah / merawat atritis - melegakan sakit atritis
  3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus & perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis & sembelit.
  4. Mencuci hati,darah & usus - ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah & mencantikkan kulit & otot.
  5. Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit & hidung sensitif, kurap, bau badan & ulat air dengan berkesan
Lain-lain kelebihan & kebaikan :
  • melegakan keletihan   
  • legakan sakit sendi & belakang
  • memberi kelegaan semasa period
  • membantu merawat asma
  • mencuci usus bagi membuang toksik
  • membantu membuang angin dalam badan
  • membantu mencuci buah pinggang & merawat kencing kotor
  • meneutralkan asid dalam badan
  • membantu masalah keputihan pada wanita
  • membesar & menegangkan payudara
  • bertindak seperti kacip fatimah kepada para wanita
  • memulihkan urat selepas bersalin
  • MILK BOOSTER
  • membantu masalah penghadaman & pencernaan
  • meningkatkan stamina lelaki
  • membantu melegakan masalah sembelit.

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

03 January 2014

My first entry

Pembuka Bicara

Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah..Syukur kehadrat Illahi akhirnya dapat jugak la aku wat blog ni.. Sebenarnya tujuan sebenar blog ni diwujudkan sebab aku nak jual barangan shaklee..

Actually, dah lama daftar jadi ahli shaklee. Kalau tak silap bulan 8/2013 tapi mula tahun baru ni la baru nak effective..Kononnya sempena tahun baru ni nak berazam baru la jugak..hehehe..

Semoga Allah permudahkan jalan aku untuk berniaga..