Berapa yg lawat blog..

22 July 2014

Coretan hati : PERGINYA MH17

Bismillahhirrahmannirrahim..
Assalamualaikum..Syukur alhamdulillah saya dan suami sudah selesai bersahur..
Sementara menunggu azan subuh berkumandang, saya rasa macam nak tulis sesuatu kat sini..
Mungkin ini adalah luahan perasaan saya la kot..mungkin sesuatu yang tak mampu nak diluahkan dengan kata-kata..mungkin sesuatu yang tak mampu nak diluahkan di mana-mana..mungkin di sini satu-satunya tempat yang sesuai..agaknya..

Tak perlu lah rasanya nak berceloteh panjang sebab isu ni sedikit serius kan..

Kita rakyat Malaysia khususnya & masyarakat dunia amnya dikejutkan dengan berita pesawat boeing 777 milik MALAYSIA AIRLINES(MAS) terhempas selepas ditembak di timur Ukraine dekat sempadan Rusia pada Khamis lalu..Penerbangan dari Amsterdam ini dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur..

Walaupun kejadian pesawat tu ditembak telah disahkan,namun sampai hari ini belum ada lagi pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukannya..Astaghfirullahhala'zim..
Sebab tulah macam-macam teori muncul terutamanya dalam media sosial macam facebook contohnya..alahai..ramai sangatlah nak bertindak menjadi pakar,penganalisis dalam facebook..macam-macam andaian & spekulasi yang timbul..semua nak jadi 'keyboard warrior'..Allahhurabbi..

Tapi dalam duk nak jadi warrior, mereka-mereka ni tak pernah ke terfikir ada ahli keluarga yang duk baca apa yang mereka teorikan tu..tak fikir ke mereka tentang perasaan ahli keluarga mangsa..bersyukur la tiada ahli keluarga kita yang terlibat dalam tragedi ni..namun kita sebagai satu keluarga yang besar,sebagai rakyat malaysia memang turut merasa sedih dan terkesan dengan kejadian ni kan..sudah-sudahlah berlagak seorang pakar..hentikanlah sebarang spekulasi yang boleh memburukkan lagi keadaan..dan hentikanlah juga gambar-gambar yang boleh mengundang lebih kesedihan kepada keluarga mangsa..

Berbalik la kita pada Allah & rasulNya..apa jua rancangan yang manusia aturkan,kita harus ingat dan yakin bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik..

Apa yang mampu kita sebagai muslim mampu lakukan sekarang adalah berdoa dan terus berdoa supaya proses membawa balik saudara seagama kita yang terlibat dipermudahkanNya..hanya itu yang mampu kita lakukan..sekarang bukan masa untuk kita menunding jari..mungkin masa untuk kita mempolitikkan isu ni..sekarang masa untuk kita sama-sama menyokong usaha kerajaan kita untuk membawa balik mangsa rakyat malaysia yang terlibat..tak kisahlah apa pun aliran politik kita..masa nilah kita kena bersatu..demi negara kita yang tercinta..

Saya ni tak reti nak susun kata..mungkin ada tulisan saya yang tidak disenangi sesetengah pihak..saya mohon maaf..apa yang saya tuliskan kat sini cuma luahan rasa hati saya..

Semoga kita sentiasa dibawah rahmat dan lindunganNya..semoga bumi bernama Malaysia ni sentiasa aman dan makmur..

p/s : jangan lupa untuk turut mendoakan juga saudara kita di gaza..
#pray4mh17
#pray4gaza

Assalamualaikum...
Jie..shaklee independent distributor
946255



01 July 2014

PERFORMANCE DRINK : Angkara demam..

PD (performance drink)

Haaaahh..musim demam dah datang kan..mesti ramai yang tengah flat kat rumah tu.,ye dak?? Tak ketinggalan juga saya sekeluarga..mula-mula si kecil amsyar..kemudian suami demam panas mendadak..then saya yang terakhir..juga suhu naik mendadak dengan tiba-tiba..sabar ajerlah dengan dugaan Allah bagi ni..mungkin nilah penghapus dosa-dosa kecil kami sekeluarga kan..

Kalau demam ni makan apa pun rasa pahit..air masak yang memang sinonim dengan orang yang makan supplement pun tak boleh nak telan..memang rasa nak terkeluar balik..mujurlah dah siap awal-awal performance drink..bolehlah topup semula air yang hilang kan..terutama untuk ibu menyusu macam saya ni..makan pun dah tak lalu..harap pada air PD jela...buat 1 jug letak dalam peti ais..lepas buka puasa minum..memang terasa segar sikit badan..suami pun suka dengan performance drink ni..tapi dia kena letak gula skit..bagi ada rasa manis skit..takdelah manis sangat..

Air PD memang sedap..rasa oren..kalau buka tudung canister tu memang boleh bau dah oren tu..PD memang sesuai sangatlah untuk orang demam macam kami ni..takut badan tak cukup air..lepas ni tak perlu dah beli air 100 plus untuk orang demam tu..

Semoga entry ni memberi sedikit manfaat kepada kalian ye..semoga kita berjumpa lagi lepas ni..InsyaAllah..


Basic H : DI SEBALIK NAMA

Cerita pasal demam & basic h shaklee


Assalamualaikum..
Mak aih..berhabuk ngat aih blog..takde tuan punya agaknya..hahaha..
Bila penyakit 'M' muncul dalam hidup ni memang terasa diri ini teruk sangat..ntah kuasa apa yang duk bisik-bisik suruh tangguh2..teruk bebenor..Astaghfirullah..janganlah terus terusan jadi macam ni..InsyaAllah..

Kita move on jela ye..hehehe...membebel panjang pon tak guna gak kan..

Hari ni saya nak cerita atau lebih tepat lagi nak share kat korang testimoni saya sendiri tentang BASIC H SHAKLEE..
Sebelum ni kecoh kan pasal basic h ni boleh digunakan untuk basuh botol susu anak-anak kat rumah tu..sejak tu basic h ni memang mendapat permintaan ibu-ibu diluar sana..tapi saya taklah nak cerita pasala basic h yang boleh basuh botol susu tu..sebab anak saya tak minum susu dengan botol..dia direct feeding aje..

Nak dijadikan cerita minggu lepas anak demam..suhunya takdelah tinggi sangat..sekitar 37-38 darjah celcius..panas berterusan selama 3 hari..time tu tak teringat sikit pon pasal basic h yang ada kat dapur tu..tengah- tengah mandikan anak baru teringat..petang tu saya mandikanlah anak dengan basic h..bukan mandi sebotol tu ye..campur ngan air la..

Hari ke 2 mandikan dia dengan basic h,naiklah bintik-bintik merah..haih..kena demam campak rupanya anak aku ni..mai terfikir adakah kebetulan saya mandikan anak dengan basic h pastu bintik-bintik merah tu naik dengan jayanya..saya takut sebenarnya sebab takde pengalaman..

Tapi saya kuatkan semangat sebab saya yakin basic h shaklee ni bagus untuk keluarkan virus-virus campak tu dengan cepat..saya mandikan anak dengan basic h..dalam masa 3 hari dah hilang bintik dengan jayanya..Alhamdulillah..syukur..dengan izinNya kan..

Selang 2 3 hari bapaknya pulak demam..MC 2 hari..suhu mencecah 40 darjah celcius..ape lagi..dah tahu basic h ni menyerap haba 3 kali lebih baik dari air biasa..lap-lap lah kepala suami ngan kain yang direndam dengan air basic h..Alhamdulillah..suhu menurun sedikit dari yang awal tu..suhu 40 rasa nak pecah kepala oi..sebab saya pun demam juga lepas tu..hihi..selain usaha ngan makan ubat saya usaha juga cara lain..Alhamdulillah sangat2 membantu..

Okeyh..itu aje testimoni @ cerita dari saya..semoga memberi manfaat kepada kalian jua ye..sama-sama kita pilih hidup yang lebih sihat..sesungguhnya sakit itu datangnya dari Yang Maha Esa..& sakit itu penghapus dosa-dosa kecil..

17 March 2014

KENAPA PROTEIN PENTING????

Pentingnya protein..

Assalamualaikum..hari ni saya rasa suka nak update pasal protein. Sejujurnya saya pun dulu tak ambil peduli sangat pasal semua ni..tapi Alhamdulillah,lepas dah kenal dengan Shaklee, barulah terbuka mata ni betapa pentingnya sumber2 nutrisi yang diperlukan badan kita untuk kekal sihat..Jomlah saya ceritakan pasal protein hari ni.. 

Protein berasal dari perkataan GREEK iaitu "protos" yang bermaksud "the first"...Protein boleh didapati dalam makanan seharian kita seperti ikan,ayam,daging,kekacang & banyak lagi. Namun anda harus ingat, protein ni mudah termusnah apabila dikenakan suhu yang tinggi. Apabila ini berlaku, protein yang diserap oleh badan hanyalah dari saki baki yang tinggal & selebihnya badan hanya akan menyerap minyak jika makanan tersebut melalui proses menggoreng.



Badan kita terdiri daripada :-
66% air @ water
25% protin @ protein
8% lemak @ fats
1% kombinasi mineral & vitamin 

Kulit, rambut, organ-organ, otot, semuanya terdiri daripada protein. Kenapa?? Sebab semuanya yang dinyatakan mengandungi DNA & dalam DNA ada protein.

Kenapa protein penting?? Berikut adalah senarai kepentingannya:-

  1. Tubuh kita akan memperbaiki & memperbaharui tisu secara berterusan. Sejumlah protein diperlukan untuk membina tisu baru & mengekalkan struktur & fungsinya.
  2. Protein meningkatkan kadar metabolisma. Makan lebih banyak protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat.
  3. Protein bukanlah sumber tenaga utama badan namun ianya digunakan sebagai sumber tenaga dalam tubuh jika jumlah karbohidrat & lemak yang dihadam tidak mencukupi. Tetapi harus diingat juga, protein yang diambil berlebihan dari apa yang diperlukan badan akan ditukar menjadi lemak.
  4. Protein mencegah  paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi di antara paras gula & insulin.
Apakah anda tahu bahawa anda kemungkinan mengalami masalah kekurangan protein?? Cuba perhatikan luka atau parut pada tubuh anda, adakah ianya mengambil masa yang lama untuk pulih?? Jika ya,itu bermakna anda berkemungkinan besar mengalami masalah kekurangan protein.. :)

Rasanya setakat ni jela kot yang mampu saya kongsikan dengan korang hari ni. Semoga ilmu yang sikit ni boleh memberi manfaat buat kita bersama. Akhir kata, pilih lah sumber protein yang bagus, rendah lemak, tiada kolestrol. Pilihan saya sudah tentulah ESP Shaklee.



11 March 2014

GMO



APA ITU GMO??NON-GMO??

Assalamualaikum..apa khabar yang tengah baca tu?? saya doakan kalian sentiasa sihat & sentiasa berada dalam rahmat Yang Maha Kuasa hendaknya..

Petang-petang macam ni,anak tidur terasa nak update entry lagi..hari ni rasa macam nak kongsi pulak pasal gmo & non-gmo. Korang perasan tak dekat canister ESP ade tulis NON-GMO SOY PROTEIN. Kalau yang dah biasa dengan ESP mesti tahu dah pasal non-gmo ni kan. Bagi yang belum tahu lagi, ingin saya kongsikan dengan korang hari ni. Nak tahu lebih lanjut pasal ESP,boleh baca kat sini 

GMO @ nama panjangnya adalah genetically modified organism bermaksud tumbuh-tumbuhan @ binatang yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen ( juga dikenali dengan genetic engineering). Dalam bahasa yang mudah difahami, ia adalah proses di mana pengambilan gen daripada satu spesis & kemudian memasukkannya ke dalam satu spesis yang lain dengan tujuan menghasilkan suatu bentuk sifat @ ciri-ciri yang diingini.

Antara kita sedar @ tidak, hampir 70% makanan yang kita makan hari ini mengandungi organisma terubahsuai genetik (gmo). yang paling biasa ialah sirap jagung, makanan berasaskan soya, beras, bijirin sarapan, snek, biskut kraker, minuman soda, susu tin, minyak masak malah juga terdapat dalam daging.

Antara makanan yang tinggi potensi gmo adalah jagung & soya. Secara umumnya, kacang soya yang bersifat gmo ini lebih murah kos penghasilannya. Kebanyakan syarikat mementingkan KOS, jesteru mereka akan menggunakan kacang soya jenis ini.

Untuk pengetahuan korang juga, sebenarnya bukan soya yang membahayakan tetapi cara pembuatan & cara penanaman itu yang membuatkan soya tidak selamat untuk diminum. Padahal soya merupakan protein yang lebih baik daripada daging. Lepas ni,pastikan korang membaca label jika ingin membeli protein dari sumber soya. 

Pengguna seharusnya/ sepatutnya diberitahu tentang penggunaan gmo dalam makanan yang mereka makan melalui label pada pek @ bungkusan. Buat masa ini, syarikat pengeluar makanan tidak disyaratkan melabelkan gmo pada produk mereka. Bahkan syarikat-syarikat ini juga menghalang usaha untuk menguatkuasakan peraturan pelabelan gmo. Sebaliknya pengeluar makanan asli & organik mengambil langkah meletakkan label non-gmo pada bungkusan mereka.

Produk hasil GMO boleh menyebabkan :-
  • alergik
  • toxic
  • potensi kanser
  • mungkin juga mencipta penyakit-penyakit baru yang belum pernah kita lihat @ dengar sebelum ini
  • memacu kepada peningkatan beberapa penyakit yang sudah dimiliki seperti kanser.
Oleh itu, jika nak beli sesuatu produk pastikan ianya selamat & semulajadi. Pilih produk yang berlabel NON-GMO. Jangan beli sebab murah @ kerana "free gift".

JANGAN RISAU AKAN ESP KERANA IANYA 100% ADALAH NON-GMO PROTEIN. SELAMAT UNTUK SEISI KELUARGA. INGAT..SHAKLEE SENTIASA SELAMAT,SENTIASA BERKESAN,SENTIASA MESRA ALAM. 

Saya sangat berharap entry kali ni memberi sedikit sebanyak manfaat & pengetahuan buat kita bersama.




ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)


HOT PRODUCT SHAKLEE - ESP

Bismillah..Assalamualaikum korang..ade ke yang baca blog saya ni?? Anggap jela ade yang baca..ye tak?? InsyaAllah dengan izin Yang Kuasa..siapa tahu..ye dak?? :)

10 hari bulan March sudah pun berlalu, maknanya hanya tinggal 21 hari berbaki sahaja lagi untuk promosi "produk terlajak laris" Shaklee ni. Apa lagi kalau bukan ESP.

Mungkin agak terlambat kot untuk update entry ESP ni tapi takpelah daripada takde langsung kan..macam omputih kate "better late than never"..right?? speaking london kau jah..hehehe.. Kenapa ESP ni boleh jadi 'hot product' Shaklee?? Ini kerana ESP membekalkan sumber protein. Semua sudah sedia maklum bahawa badan kita memerlukan protein yang boleh diperolehi dari sumber makanan seperti ikan, ayam, daging. Kalau dah ambil semua makanan tu, kenapa nak kena amalkan lagi ESP ni?? kan?? Sebabnya semua bahan makanan tukan masih mentah & perlu dimasak..Bila dimasak,protein dalam makanan terbabit akan musnah & yang tinggal dalam tu sikit aje. Korang tahu tak yang protein ni sangat mudah termusnah apabila dikenakan suhu yang tinggi. Sebab tulah korang kena ambil ESP untuk 'topup' balik protein yang hilang dalam proses memasak sebelumnya tu.

Tubuh badan kita terdiri daripada sel, tisu, organ & sistem. Struktur badan terdiri dari sel, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu, tisu-tisu akan membentuk organ, & akhir sekali organ-organ membentuk sistem. Badan kita amat memerlukan sumber protein kerana ianya adalah makanan utama bagi sel tubuh. Sebab tu pengambilan protein ni penting untuk kita mendapatkan tubuh badan yang sihat.


Ok. Sebelum kita tengok kebaikan mengamalkan ESP ni, saya nak kongsikan dulu dengan korang serba sedikit fakta menarik tentang ESP.

ESP adalah protein soya non-gmo (non-genetically modified organism) yang lengkap dengan kandungan asid amino yang diperlukan badan. ESP adalah rendah lemak & bebas laktosa & kolestrol.
Setiap 1kg ESP adalah berasal dari 30kg kacang soya. Mengandungi 22 jenis asid amino & 9 daripadanya adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. ESP adalah 2 kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, & 12 kali lebih dari susu.


ANTARA KEBAIKAN MENGAMALKAN ESP

  • Untuk hamil - ESP membantu memulihara & memelihara rahim kita
  • Untuk kekal sihat - ESP membantu meningkatkan sistem imun badan, pelengkap         nutrisi dalam badan.
  • Untuk kurus - ESP membuatkan kita kenyang lebih lama, sesuai untuk mereka yang ingin diet.
  • Untuk cantik - ESP membuatkan kulit lebih anjal, gebu & lebih cerah. Bukan hanya boleh diminum, bahkan boleh juga dibuat masker.
  • Untuk ibu menyusu - memberikan tenaga kepada si ibu, susu ibu lebih berkhasiat. Bila ibu bertenaga, penghasilan susu pun akan turut meningkat. Tapi jangan lupa demand vs supply kene amalkan ye.
  • Untuk ibu yang sedang hamil - ESP menguatkan rahim & membantu dalam pembentukan otot bayi.
  • Untuk menstabilkan hormon - kandungan kacang soya yang kaya dengan isoflavon membantu memulihkan hormon wanita
  • Untuk memulihkan fungsi prostat lelaki - genistein dalam kacang soya mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan & mencegah sel kanser daripada merebak. Sape kate ESP tak sesuai untuk kaum adam.
  • Dan banyak lagi..
Haa..banyak dah korang tahu pasal ESP kan?? apa tunggu lagi?? orang kata perkara baik tak elok ditangguh-tangguhkan tau. Dapatkan ESP sekarang. Boleh hubungi saya. Harga kasih sayang je tau saya bagi kat korang. :)

07 March 2014

JOM KENALI PENYAKIT G6PD


APAKAH YANG DIKATAKAN PENYAKIT G6PD & MACAM MANA SHAKLEE BOLEH BANTU!!
Assalamualaikum semua..hadoi..ni nak ngeluh lama ni..lame dah tak update blog..betul-betul kekangan masa.. Almaklum la laptop ni duk kene kongsi dengan cik abang..ku yang tak keje ni,terpaksalah mengalah..time dia takde ni baru boleh nak nyelit2 tulis skit2 draf..huhu..oklah,taknak bebel panjang2,jap agi kang tuan punya balik dah daku kene ngalah lagi..

Orait..macam korang baca tajuk kat atas tu..hari ini rasa nak share pasal g6pd. Kenapa?? sebab saya fikir,ramai yang tak alert pasal penyakit ni. Termasuklah saya sendiri. Bila lahirkan anak pertama tahun lepas barulah first time dengar pasal g6pd ni..tupon time checkup anak sebulan sebab anak ade prolong jaundice..tapi still tak tahu apa tu g6pd..so saya google la sikit2 pasal penyakit ni & nak kongsikan dengan korang la..

hokeyh..apa itu g6pd??dari apa yang saya faham la kan,g6pd ni adalah penyakit dimana seseorang itu kekurangan enzim dalam sel darah merah. Enzim g6pd ni bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah dari pecah. Apa yang sebabkan sel darah merah pecah?? Ianya adalah apabila paras enzim g6pd ni rendah & sel darah merah tidak mampu untuk menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk @ apabila bahan kimia ubat-ubatan tertentu diambil. @ ianya lebih dikenali dengan nama hemolisis. Apabila hemolisis berlaku,pesakit boleh mengalami anemia.

Penyakit g6pd ni merupakan penyakit genetik. Biasanya penyakit ini dikesan semasa bayi baru dilahirkan. Selalunya g6pd dihidapi oleh bayi lelaki.  Macam mana dia cek?? Sample darah dari tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan dihantar ke makmal untuk ujian penyakit ni. Sekiranya seseorang bayi itu menghidap penyakit 6gpd, keputusan makmal akan menunjukkan kandungan haemoglobin yang kurang dan bilirubin yang tinggi di dalam darah.

Namun, para ibu bapa tidak perlu terlalu risau sekiranya anak menghidapi kekurangan enzim g6pd ini kerana penyakit ini pada dasarnya tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan berlaku sekiranya bayi tersebut terdedah kepada ubat-ubatan @ makanan yang boleh menghasilkan proses hemolisis. 

Sekiranya menghidapi 6gpd ini, adalah dinasihatkan supaya menjauhi makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya @ produk berasaskan soya, semua jenis kacang @ produk kacang dan gula-gula dan makanan berperisa menthol. Sebaiknya juga dielakkan dari mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan vitamin K. 
Harus juga diingatkan apabila berjumpa doktor, anda hendaklah memaklumkan bahawa anda adalah pesakit g6pd ini supaya doktor tidak mempreskripsikan ubat yang boleh anemia kepada anda. Anda juga dinasihatkan supaya tidak mengambil ubat-ubatan tanpa mendapat pandangan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu..

Orait..so korang dah tahu kan serba sedikit tentang penyakit kekurangan enzim g6pd ni.. Apa yang boleh saya sarankan tentang pengambilan vitamin shaklee pula adalah bagi ibu yang menyusukan anak,vitamin asas yang perlu diamalkan adalah Vitalea,Vita C dan B-Complex. Disebabkan ibu2 tidak boleh mengamalkan Alfalfa, boleh digantikan dengan Ostematrix.

Semoga entry ni memberikan manfaat untuk kita bersama..

12 January 2014

B COMPLEX SHAKLEE

Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita kan. Alhamdulillah. Allah masih beri kesempatan untuk saya berkongsi sesuatu dengan anda semua. Oklah, hari ini saya nak kongsikan tentang B-complex Shaklee.

B-complex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu thiamine(b1), riboflavin(b2), niasin(b3), asid pantotenik(b5), pyridoxine(b6), cyanocobalamin(b12), asid folik & biotin.

Vitamin B adalah vitamin larut air. Oleh sebab itulah, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan. Sebab tu air kencing akan berwarna kekuningan sekiranya kita mengambil vitamin B. Jika air kencing tidak berwarna kekuningan bermakna, anda mengalami kekurangan vitamin B di dalam badan anda. Tetapi harus diingat, pengambilan vitamin B berlebihan pun tidak bagus jugak, sebab ia akan memberi bebanan lebih kepada buah pinggang kita.

Kebaikan Vitamin B-Complex Shaklee

  1. menukarkan makanan kepada tenaga - membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat & protein kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.
  2. membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat & normal pada bayi & kanak2, membantu pembinaan DNA & sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak @ tulang belakang. (sebab tu,ibu hamil digalakkan ambil asid folic masa mengandung)
  3. melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan & insomnia
  4. baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan & memperbaiki memori serta daya fokus.
  5. kesihatan rambut - memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban & mengekalkan kesihatan rambut.
  6. mengurangkan risiko mendapat anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat & antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat & laut.
  7. meredakan senggugut(PMS) - baik untuk masalah PMS, meredakan kerisauan, keresahan & masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon & ubat tahan sakit
  8. mengurangkan risiko mendapat Perleche - boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis), jangkitan lidah (glossitis) & nafas berbau
  9. detoksifikasi - meredakan alahan
So, secara kesimpulannya, B-Complex Shaklee adalah cara semulajadi untuk melawan stress @ tekanan & mengurangkan risiko mendapat pelbagai masalah kesihatan..Orait..itu je sikit sebanyak yang dapat saya kongsikan dengan korang tentang B-Complex Shaklee ni. Semoga bermanfaat. Kalau korang ada sebarang kemusykilan ke, korang boleh contact saya ye. Assalamualaikum..

** sikit info untuk korang : pastikan korang makan vitamin b ni selepas makan kerana pengambilan vitamin ini akan meningkatkan metabolisme badan yang akan membawa kepada rasa lapar. Jika korang makan jugak sebelum makan, maka korang akan makan dengan jayanya lepas tu. so sila berhati2 ye kalau taknak gemuk..hehehe..Dan pastikan juga korang minum air masak sebanyak yang boleh. 

** produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit.

11 January 2014

Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

Atasi Sakit Sendi dengan Advanced Joint Healt Tablet (AJHT)
Bila sebut pasal sakit sendi, mesti anda terbayangkan warga emas kan. Namun tahukah kita bahawa sakit sendi ini bukan hanya dihadapi oleh orang yang telah berusia malah turut menyerang orang yang lebih muda. Terutamanya bagi yang mempunyai berat badan berlebihan @ orang yang penggunaan sendi secara berlebihan seperti atlet. Cuba anda bayangkan bagaimana terseksanya seseorang apabila sakit sendi. Nak jalan pun susah, apatah lagi nak buat aktiviti lain kan.

Shaklee ada menawarkan vitamin khas untuk mereka yang mengalami sakit sendi. Jom saya kenalkan produk hebat Shaklee ini pada anda.


AJHT Shaklee ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan2 yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi & fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.

AJHT Shaklee mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, estrak jagung & nutrien penting lain termasuk zink, tembaga, mangan & vitamin c untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi & pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan & bahan2 berasaskan mineral, AJHT Shaklee ialah formula semulajadi 100%.


Dah kenal apa itu AJHT Shaklee?? Ok kalau dah kenal, jom kita semak pula kebaikan AJHT Shaklee ini :-
  1. menyokong ketidakselesaan sendi
  2. membantu kekal tulang rawan
  3. memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. melancarkan pergerakan harian
  5. menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkkan tulang rawan
  6. anti radang semulajadi
  7. dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli & semulajadi
  8. memberi kekuatan kepada struktur sendi
  9. bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan & lendir untuk licinkan sendi dalam tendon & ligamen)
  10. InsyaAllah, sangat2 berkesan. Kesan positif selepas 5 hari pengambilan. Dengan izin Allah jua.

Untuk kesan yang lebih 'superb', disyorkan AJHT Shaklee diambil bersama dengan Omega Guard & Ostematrix.


Oklah,rasanya setakat ni dulu saya mampu kongsikan dengan anda semua..Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya ye..Jangan segan silu pulak..Saya InsyaAllah akan tolong anda setakat yang saya mampu. Saya tak makan orang tau..hehehe..C u next post ok guys..


10 January 2014

ALFALFA COMPLEX

Kelebihan Alfalfa Complex Shaklee.
Mesti ramai yang pernah dengar tentang Alfalfa Complex Shaklee kan?? Cuma masih belum tahu kelebihan & khasiat vitamin ini. Jom sama2 kita berkenalan dengan alfalfa keluaran Shaklee ni.
Alfalfa Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950-an. Diperbuat daripada tanaman Alfalfa atau nama saintifiknya 'Medicago Sativa' secara organik di California yang bebas dari pestisid herbasid & menggunakan bahan kompos/ baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan" .

Alfalfa  merupakan pusat pengumpulan segala zat akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah, mampu menyerap pelbagai zat & mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak yang kaya dengan klorofil. Daun- daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Kemudian daun- daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Setiap tablet mengandungi 300mg.

Antara khasiat yang diperolehi daripada Alfalfa Shaklee :-

  1. Menyingkirkan lemak dan kolestrol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok & darah tinggi. Haya alfalfa sahaja mengandungi saponn, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  2. Mencegah / merawat atritis - melegakan sakit atritis
  3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus & perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis & sembelit.
  4. Mencuci hati,darah & usus - ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah & mencantikkan kulit & otot.
  5. Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit & hidung sensitif, kurap, bau badan & ulat air dengan berkesan
Lain-lain kelebihan & kebaikan :
  • melegakan keletihan   
  • legakan sakit sendi & belakang
  • memberi kelegaan semasa period
  • membantu merawat asma
  • mencuci usus bagi membuang toksik
  • membantu membuang angin dalam badan
  • membantu mencuci buah pinggang & merawat kencing kotor
  • meneutralkan asid dalam badan
  • membantu masalah keputihan pada wanita
  • membesar & menegangkan payudara
  • bertindak seperti kacip fatimah kepada para wanita
  • memulihkan urat selepas bersalin
  • MILK BOOSTER
  • membantu masalah penghadaman & pencernaan
  • meningkatkan stamina lelaki
  • membantu melegakan masalah sembelit.

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

03 January 2014

My first entry

Pembuka Bicara

Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah..Syukur kehadrat Illahi akhirnya dapat jugak la aku wat blog ni.. Sebenarnya tujuan sebenar blog ni diwujudkan sebab aku nak jual barangan shaklee..

Actually, dah lama daftar jadi ahli shaklee. Kalau tak silap bulan 8/2013 tapi mula tahun baru ni la baru nak effective..Kononnya sempena tahun baru ni nak berazam baru la jugak..hehehe..

Semoga Allah permudahkan jalan aku untuk berniaga..