Berapa yg lawat blog..

07 March 2014

JOM KENALI PENYAKIT G6PD


APAKAH YANG DIKATAKAN PENYAKIT G6PD & MACAM MANA SHAKLEE BOLEH BANTU!!
Assalamualaikum semua..hadoi..ni nak ngeluh lama ni..lame dah tak update blog..betul-betul kekangan masa.. Almaklum la laptop ni duk kene kongsi dengan cik abang..ku yang tak keje ni,terpaksalah mengalah..time dia takde ni baru boleh nak nyelit2 tulis skit2 draf..huhu..oklah,taknak bebel panjang2,jap agi kang tuan punya balik dah daku kene ngalah lagi..

Orait..macam korang baca tajuk kat atas tu..hari ini rasa nak share pasal g6pd. Kenapa?? sebab saya fikir,ramai yang tak alert pasal penyakit ni. Termasuklah saya sendiri. Bila lahirkan anak pertama tahun lepas barulah first time dengar pasal g6pd ni..tupon time checkup anak sebulan sebab anak ade prolong jaundice..tapi still tak tahu apa tu g6pd..so saya google la sikit2 pasal penyakit ni & nak kongsikan dengan korang la..

hokeyh..apa itu g6pd??dari apa yang saya faham la kan,g6pd ni adalah penyakit dimana seseorang itu kekurangan enzim dalam sel darah merah. Enzim g6pd ni bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah dari pecah. Apa yang sebabkan sel darah merah pecah?? Ianya adalah apabila paras enzim g6pd ni rendah & sel darah merah tidak mampu untuk menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk @ apabila bahan kimia ubat-ubatan tertentu diambil. @ ianya lebih dikenali dengan nama hemolisis. Apabila hemolisis berlaku,pesakit boleh mengalami anemia.

Penyakit g6pd ni merupakan penyakit genetik. Biasanya penyakit ini dikesan semasa bayi baru dilahirkan. Selalunya g6pd dihidapi oleh bayi lelaki.  Macam mana dia cek?? Sample darah dari tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan dihantar ke makmal untuk ujian penyakit ni. Sekiranya seseorang bayi itu menghidap penyakit 6gpd, keputusan makmal akan menunjukkan kandungan haemoglobin yang kurang dan bilirubin yang tinggi di dalam darah.

Namun, para ibu bapa tidak perlu terlalu risau sekiranya anak menghidapi kekurangan enzim g6pd ini kerana penyakit ini pada dasarnya tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan berlaku sekiranya bayi tersebut terdedah kepada ubat-ubatan @ makanan yang boleh menghasilkan proses hemolisis. 

Sekiranya menghidapi 6gpd ini, adalah dinasihatkan supaya menjauhi makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya @ produk berasaskan soya, semua jenis kacang @ produk kacang dan gula-gula dan makanan berperisa menthol. Sebaiknya juga dielakkan dari mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan vitamin K. 
Harus juga diingatkan apabila berjumpa doktor, anda hendaklah memaklumkan bahawa anda adalah pesakit g6pd ini supaya doktor tidak mempreskripsikan ubat yang boleh anemia kepada anda. Anda juga dinasihatkan supaya tidak mengambil ubat-ubatan tanpa mendapat pandangan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu..

Orait..so korang dah tahu kan serba sedikit tentang penyakit kekurangan enzim g6pd ni.. Apa yang boleh saya sarankan tentang pengambilan vitamin shaklee pula adalah bagi ibu yang menyusukan anak,vitamin asas yang perlu diamalkan adalah Vitalea,Vita C dan B-Complex. Disebabkan ibu2 tidak boleh mengamalkan Alfalfa, boleh digantikan dengan Ostematrix.

Semoga entry ni memberikan manfaat untuk kita bersama..

No comments:

Post a Comment