Berapa yg lawat blog..

17 March 2014

KENAPA PROTEIN PENTING????

Pentingnya protein..

Assalamualaikum..hari ni saya rasa suka nak update pasal protein. Sejujurnya saya pun dulu tak ambil peduli sangat pasal semua ni..tapi Alhamdulillah,lepas dah kenal dengan Shaklee, barulah terbuka mata ni betapa pentingnya sumber2 nutrisi yang diperlukan badan kita untuk kekal sihat..Jomlah saya ceritakan pasal protein hari ni.. 

Protein berasal dari perkataan GREEK iaitu "protos" yang bermaksud "the first"...Protein boleh didapati dalam makanan seharian kita seperti ikan,ayam,daging,kekacang & banyak lagi. Namun anda harus ingat, protein ni mudah termusnah apabila dikenakan suhu yang tinggi. Apabila ini berlaku, protein yang diserap oleh badan hanyalah dari saki baki yang tinggal & selebihnya badan hanya akan menyerap minyak jika makanan tersebut melalui proses menggoreng.



Badan kita terdiri daripada :-
66% air @ water
25% protin @ protein
8% lemak @ fats
1% kombinasi mineral & vitamin 

Kulit, rambut, organ-organ, otot, semuanya terdiri daripada protein. Kenapa?? Sebab semuanya yang dinyatakan mengandungi DNA & dalam DNA ada protein.

Kenapa protein penting?? Berikut adalah senarai kepentingannya:-

  1. Tubuh kita akan memperbaiki & memperbaharui tisu secara berterusan. Sejumlah protein diperlukan untuk membina tisu baru & mengekalkan struktur & fungsinya.
  2. Protein meningkatkan kadar metabolisma. Makan lebih banyak protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat.
  3. Protein bukanlah sumber tenaga utama badan namun ianya digunakan sebagai sumber tenaga dalam tubuh jika jumlah karbohidrat & lemak yang dihadam tidak mencukupi. Tetapi harus diingat juga, protein yang diambil berlebihan dari apa yang diperlukan badan akan ditukar menjadi lemak.
  4. Protein mencegah  paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi di antara paras gula & insulin.
Apakah anda tahu bahawa anda kemungkinan mengalami masalah kekurangan protein?? Cuba perhatikan luka atau parut pada tubuh anda, adakah ianya mengambil masa yang lama untuk pulih?? Jika ya,itu bermakna anda berkemungkinan besar mengalami masalah kekurangan protein.. :)

Rasanya setakat ni jela kot yang mampu saya kongsikan dengan korang hari ni. Semoga ilmu yang sikit ni boleh memberi manfaat buat kita bersama. Akhir kata, pilih lah sumber protein yang bagus, rendah lemak, tiada kolestrol. Pilihan saya sudah tentulah ESP Shaklee.



No comments:

Post a Comment