Berapa yg lawat blog..

17 March 2014

KENAPA PROTEIN PENTING????

Pentingnya protein..

Assalamualaikum..hari ni saya rasa suka nak update pasal protein. Sejujurnya saya pun dulu tak ambil peduli sangat pasal semua ni..tapi Alhamdulillah,lepas dah kenal dengan Shaklee, barulah terbuka mata ni betapa pentingnya sumber2 nutrisi yang diperlukan badan kita untuk kekal sihat..Jomlah saya ceritakan pasal protein hari ni.. 

Protein berasal dari perkataan GREEK iaitu "protos" yang bermaksud "the first"...Protein boleh didapati dalam makanan seharian kita seperti ikan,ayam,daging,kekacang & banyak lagi. Namun anda harus ingat, protein ni mudah termusnah apabila dikenakan suhu yang tinggi. Apabila ini berlaku, protein yang diserap oleh badan hanyalah dari saki baki yang tinggal & selebihnya badan hanya akan menyerap minyak jika makanan tersebut melalui proses menggoreng.



Badan kita terdiri daripada :-
66% air @ water
25% protin @ protein
8% lemak @ fats
1% kombinasi mineral & vitamin 

Kulit, rambut, organ-organ, otot, semuanya terdiri daripada protein. Kenapa?? Sebab semuanya yang dinyatakan mengandungi DNA & dalam DNA ada protein.

Kenapa protein penting?? Berikut adalah senarai kepentingannya:-

  1. Tubuh kita akan memperbaiki & memperbaharui tisu secara berterusan. Sejumlah protein diperlukan untuk membina tisu baru & mengekalkan struktur & fungsinya.
  2. Protein meningkatkan kadar metabolisma. Makan lebih banyak protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat.
  3. Protein bukanlah sumber tenaga utama badan namun ianya digunakan sebagai sumber tenaga dalam tubuh jika jumlah karbohidrat & lemak yang dihadam tidak mencukupi. Tetapi harus diingat juga, protein yang diambil berlebihan dari apa yang diperlukan badan akan ditukar menjadi lemak.
  4. Protein mencegah  paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi di antara paras gula & insulin.
Apakah anda tahu bahawa anda kemungkinan mengalami masalah kekurangan protein?? Cuba perhatikan luka atau parut pada tubuh anda, adakah ianya mengambil masa yang lama untuk pulih?? Jika ya,itu bermakna anda berkemungkinan besar mengalami masalah kekurangan protein.. :)

Rasanya setakat ni jela kot yang mampu saya kongsikan dengan korang hari ni. Semoga ilmu yang sikit ni boleh memberi manfaat buat kita bersama. Akhir kata, pilih lah sumber protein yang bagus, rendah lemak, tiada kolestrol. Pilihan saya sudah tentulah ESP Shaklee.



11 March 2014

GMO



APA ITU GMO??NON-GMO??

Assalamualaikum..apa khabar yang tengah baca tu?? saya doakan kalian sentiasa sihat & sentiasa berada dalam rahmat Yang Maha Kuasa hendaknya..

Petang-petang macam ni,anak tidur terasa nak update entry lagi..hari ni rasa macam nak kongsi pulak pasal gmo & non-gmo. Korang perasan tak dekat canister ESP ade tulis NON-GMO SOY PROTEIN. Kalau yang dah biasa dengan ESP mesti tahu dah pasal non-gmo ni kan. Bagi yang belum tahu lagi, ingin saya kongsikan dengan korang hari ni. Nak tahu lebih lanjut pasal ESP,boleh baca kat sini 

GMO @ nama panjangnya adalah genetically modified organism bermaksud tumbuh-tumbuhan @ binatang yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen ( juga dikenali dengan genetic engineering). Dalam bahasa yang mudah difahami, ia adalah proses di mana pengambilan gen daripada satu spesis & kemudian memasukkannya ke dalam satu spesis yang lain dengan tujuan menghasilkan suatu bentuk sifat @ ciri-ciri yang diingini.

Antara kita sedar @ tidak, hampir 70% makanan yang kita makan hari ini mengandungi organisma terubahsuai genetik (gmo). yang paling biasa ialah sirap jagung, makanan berasaskan soya, beras, bijirin sarapan, snek, biskut kraker, minuman soda, susu tin, minyak masak malah juga terdapat dalam daging.

Antara makanan yang tinggi potensi gmo adalah jagung & soya. Secara umumnya, kacang soya yang bersifat gmo ini lebih murah kos penghasilannya. Kebanyakan syarikat mementingkan KOS, jesteru mereka akan menggunakan kacang soya jenis ini.

Untuk pengetahuan korang juga, sebenarnya bukan soya yang membahayakan tetapi cara pembuatan & cara penanaman itu yang membuatkan soya tidak selamat untuk diminum. Padahal soya merupakan protein yang lebih baik daripada daging. Lepas ni,pastikan korang membaca label jika ingin membeli protein dari sumber soya. 

Pengguna seharusnya/ sepatutnya diberitahu tentang penggunaan gmo dalam makanan yang mereka makan melalui label pada pek @ bungkusan. Buat masa ini, syarikat pengeluar makanan tidak disyaratkan melabelkan gmo pada produk mereka. Bahkan syarikat-syarikat ini juga menghalang usaha untuk menguatkuasakan peraturan pelabelan gmo. Sebaliknya pengeluar makanan asli & organik mengambil langkah meletakkan label non-gmo pada bungkusan mereka.

Produk hasil GMO boleh menyebabkan :-
  • alergik
  • toxic
  • potensi kanser
  • mungkin juga mencipta penyakit-penyakit baru yang belum pernah kita lihat @ dengar sebelum ini
  • memacu kepada peningkatan beberapa penyakit yang sudah dimiliki seperti kanser.
Oleh itu, jika nak beli sesuatu produk pastikan ianya selamat & semulajadi. Pilih produk yang berlabel NON-GMO. Jangan beli sebab murah @ kerana "free gift".

JANGAN RISAU AKAN ESP KERANA IANYA 100% ADALAH NON-GMO PROTEIN. SELAMAT UNTUK SEISI KELUARGA. INGAT..SHAKLEE SENTIASA SELAMAT,SENTIASA BERKESAN,SENTIASA MESRA ALAM. 

Saya sangat berharap entry kali ni memberi sedikit sebanyak manfaat & pengetahuan buat kita bersama.




ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)


HOT PRODUCT SHAKLEE - ESP

Bismillah..Assalamualaikum korang..ade ke yang baca blog saya ni?? Anggap jela ade yang baca..ye tak?? InsyaAllah dengan izin Yang Kuasa..siapa tahu..ye dak?? :)

10 hari bulan March sudah pun berlalu, maknanya hanya tinggal 21 hari berbaki sahaja lagi untuk promosi "produk terlajak laris" Shaklee ni. Apa lagi kalau bukan ESP.

Mungkin agak terlambat kot untuk update entry ESP ni tapi takpelah daripada takde langsung kan..macam omputih kate "better late than never"..right?? speaking london kau jah..hehehe.. Kenapa ESP ni boleh jadi 'hot product' Shaklee?? Ini kerana ESP membekalkan sumber protein. Semua sudah sedia maklum bahawa badan kita memerlukan protein yang boleh diperolehi dari sumber makanan seperti ikan, ayam, daging. Kalau dah ambil semua makanan tu, kenapa nak kena amalkan lagi ESP ni?? kan?? Sebabnya semua bahan makanan tukan masih mentah & perlu dimasak..Bila dimasak,protein dalam makanan terbabit akan musnah & yang tinggal dalam tu sikit aje. Korang tahu tak yang protein ni sangat mudah termusnah apabila dikenakan suhu yang tinggi. Sebab tulah korang kena ambil ESP untuk 'topup' balik protein yang hilang dalam proses memasak sebelumnya tu.

Tubuh badan kita terdiri daripada sel, tisu, organ & sistem. Struktur badan terdiri dari sel, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu, tisu-tisu akan membentuk organ, & akhir sekali organ-organ membentuk sistem. Badan kita amat memerlukan sumber protein kerana ianya adalah makanan utama bagi sel tubuh. Sebab tu pengambilan protein ni penting untuk kita mendapatkan tubuh badan yang sihat.


Ok. Sebelum kita tengok kebaikan mengamalkan ESP ni, saya nak kongsikan dulu dengan korang serba sedikit fakta menarik tentang ESP.

ESP adalah protein soya non-gmo (non-genetically modified organism) yang lengkap dengan kandungan asid amino yang diperlukan badan. ESP adalah rendah lemak & bebas laktosa & kolestrol.
Setiap 1kg ESP adalah berasal dari 30kg kacang soya. Mengandungi 22 jenis asid amino & 9 daripadanya adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. ESP adalah 2 kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, & 12 kali lebih dari susu.


ANTARA KEBAIKAN MENGAMALKAN ESP

  • Untuk hamil - ESP membantu memulihara & memelihara rahim kita
  • Untuk kekal sihat - ESP membantu meningkatkan sistem imun badan, pelengkap         nutrisi dalam badan.
  • Untuk kurus - ESP membuatkan kita kenyang lebih lama, sesuai untuk mereka yang ingin diet.
  • Untuk cantik - ESP membuatkan kulit lebih anjal, gebu & lebih cerah. Bukan hanya boleh diminum, bahkan boleh juga dibuat masker.
  • Untuk ibu menyusu - memberikan tenaga kepada si ibu, susu ibu lebih berkhasiat. Bila ibu bertenaga, penghasilan susu pun akan turut meningkat. Tapi jangan lupa demand vs supply kene amalkan ye.
  • Untuk ibu yang sedang hamil - ESP menguatkan rahim & membantu dalam pembentukan otot bayi.
  • Untuk menstabilkan hormon - kandungan kacang soya yang kaya dengan isoflavon membantu memulihkan hormon wanita
  • Untuk memulihkan fungsi prostat lelaki - genistein dalam kacang soya mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan & mencegah sel kanser daripada merebak. Sape kate ESP tak sesuai untuk kaum adam.
  • Dan banyak lagi..
Haa..banyak dah korang tahu pasal ESP kan?? apa tunggu lagi?? orang kata perkara baik tak elok ditangguh-tangguhkan tau. Dapatkan ESP sekarang. Boleh hubungi saya. Harga kasih sayang je tau saya bagi kat korang. :)

07 March 2014

JOM KENALI PENYAKIT G6PD


APAKAH YANG DIKATAKAN PENYAKIT G6PD & MACAM MANA SHAKLEE BOLEH BANTU!!
Assalamualaikum semua..hadoi..ni nak ngeluh lama ni..lame dah tak update blog..betul-betul kekangan masa.. Almaklum la laptop ni duk kene kongsi dengan cik abang..ku yang tak keje ni,terpaksalah mengalah..time dia takde ni baru boleh nak nyelit2 tulis skit2 draf..huhu..oklah,taknak bebel panjang2,jap agi kang tuan punya balik dah daku kene ngalah lagi..

Orait..macam korang baca tajuk kat atas tu..hari ini rasa nak share pasal g6pd. Kenapa?? sebab saya fikir,ramai yang tak alert pasal penyakit ni. Termasuklah saya sendiri. Bila lahirkan anak pertama tahun lepas barulah first time dengar pasal g6pd ni..tupon time checkup anak sebulan sebab anak ade prolong jaundice..tapi still tak tahu apa tu g6pd..so saya google la sikit2 pasal penyakit ni & nak kongsikan dengan korang la..

hokeyh..apa itu g6pd??dari apa yang saya faham la kan,g6pd ni adalah penyakit dimana seseorang itu kekurangan enzim dalam sel darah merah. Enzim g6pd ni bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah dari pecah. Apa yang sebabkan sel darah merah pecah?? Ianya adalah apabila paras enzim g6pd ni rendah & sel darah merah tidak mampu untuk menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk @ apabila bahan kimia ubat-ubatan tertentu diambil. @ ianya lebih dikenali dengan nama hemolisis. Apabila hemolisis berlaku,pesakit boleh mengalami anemia.

Penyakit g6pd ni merupakan penyakit genetik. Biasanya penyakit ini dikesan semasa bayi baru dilahirkan. Selalunya g6pd dihidapi oleh bayi lelaki.  Macam mana dia cek?? Sample darah dari tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan dihantar ke makmal untuk ujian penyakit ni. Sekiranya seseorang bayi itu menghidap penyakit 6gpd, keputusan makmal akan menunjukkan kandungan haemoglobin yang kurang dan bilirubin yang tinggi di dalam darah.

Namun, para ibu bapa tidak perlu terlalu risau sekiranya anak menghidapi kekurangan enzim g6pd ini kerana penyakit ini pada dasarnya tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan berlaku sekiranya bayi tersebut terdedah kepada ubat-ubatan @ makanan yang boleh menghasilkan proses hemolisis. 

Sekiranya menghidapi 6gpd ini, adalah dinasihatkan supaya menjauhi makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya @ produk berasaskan soya, semua jenis kacang @ produk kacang dan gula-gula dan makanan berperisa menthol. Sebaiknya juga dielakkan dari mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan vitamin K. 
Harus juga diingatkan apabila berjumpa doktor, anda hendaklah memaklumkan bahawa anda adalah pesakit g6pd ini supaya doktor tidak mempreskripsikan ubat yang boleh anemia kepada anda. Anda juga dinasihatkan supaya tidak mengambil ubat-ubatan tanpa mendapat pandangan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu..

Orait..so korang dah tahu kan serba sedikit tentang penyakit kekurangan enzim g6pd ni.. Apa yang boleh saya sarankan tentang pengambilan vitamin shaklee pula adalah bagi ibu yang menyusukan anak,vitamin asas yang perlu diamalkan adalah Vitalea,Vita C dan B-Complex. Disebabkan ibu2 tidak boleh mengamalkan Alfalfa, boleh digantikan dengan Ostematrix.

Semoga entry ni memberikan manfaat untuk kita bersama..