Berapa yg lawat blog..

22 July 2014

Coretan hati : PERGINYA MH17

Bismillahhirrahmannirrahim..
Assalamualaikum..Syukur alhamdulillah saya dan suami sudah selesai bersahur..
Sementara menunggu azan subuh berkumandang, saya rasa macam nak tulis sesuatu kat sini..
Mungkin ini adalah luahan perasaan saya la kot..mungkin sesuatu yang tak mampu nak diluahkan dengan kata-kata..mungkin sesuatu yang tak mampu nak diluahkan di mana-mana..mungkin di sini satu-satunya tempat yang sesuai..agaknya..

Tak perlu lah rasanya nak berceloteh panjang sebab isu ni sedikit serius kan..

Kita rakyat Malaysia khususnya & masyarakat dunia amnya dikejutkan dengan berita pesawat boeing 777 milik MALAYSIA AIRLINES(MAS) terhempas selepas ditembak di timur Ukraine dekat sempadan Rusia pada Khamis lalu..Penerbangan dari Amsterdam ini dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur..

Walaupun kejadian pesawat tu ditembak telah disahkan,namun sampai hari ini belum ada lagi pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukannya..Astaghfirullahhala'zim..
Sebab tulah macam-macam teori muncul terutamanya dalam media sosial macam facebook contohnya..alahai..ramai sangatlah nak bertindak menjadi pakar,penganalisis dalam facebook..macam-macam andaian & spekulasi yang timbul..semua nak jadi 'keyboard warrior'..Allahhurabbi..

Tapi dalam duk nak jadi warrior, mereka-mereka ni tak pernah ke terfikir ada ahli keluarga yang duk baca apa yang mereka teorikan tu..tak fikir ke mereka tentang perasaan ahli keluarga mangsa..bersyukur la tiada ahli keluarga kita yang terlibat dalam tragedi ni..namun kita sebagai satu keluarga yang besar,sebagai rakyat malaysia memang turut merasa sedih dan terkesan dengan kejadian ni kan..sudah-sudahlah berlagak seorang pakar..hentikanlah sebarang spekulasi yang boleh memburukkan lagi keadaan..dan hentikanlah juga gambar-gambar yang boleh mengundang lebih kesedihan kepada keluarga mangsa..

Berbalik la kita pada Allah & rasulNya..apa jua rancangan yang manusia aturkan,kita harus ingat dan yakin bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik..

Apa yang mampu kita sebagai muslim mampu lakukan sekarang adalah berdoa dan terus berdoa supaya proses membawa balik saudara seagama kita yang terlibat dipermudahkanNya..hanya itu yang mampu kita lakukan..sekarang bukan masa untuk kita menunding jari..mungkin masa untuk kita mempolitikkan isu ni..sekarang masa untuk kita sama-sama menyokong usaha kerajaan kita untuk membawa balik mangsa rakyat malaysia yang terlibat..tak kisahlah apa pun aliran politik kita..masa nilah kita kena bersatu..demi negara kita yang tercinta..

Saya ni tak reti nak susun kata..mungkin ada tulisan saya yang tidak disenangi sesetengah pihak..saya mohon maaf..apa yang saya tuliskan kat sini cuma luahan rasa hati saya..

Semoga kita sentiasa dibawah rahmat dan lindunganNya..semoga bumi bernama Malaysia ni sentiasa aman dan makmur..

p/s : jangan lupa untuk turut mendoakan juga saudara kita di gaza..
#pray4mh17
#pray4gaza

Assalamualaikum...
Jie..shaklee independent distributor
946255



No comments:

Post a Comment